SELAMAT PAGI & LOAN
1. Bila dah rasa nak beli rumah sangat, dan akan apply loan, sediakan saha dokumen.
2. Yang lebih baik, kalau dapat chek CCRIS anda dahulu. Paling tidak, boleh chek di CTOS. Online saja, siap duit je. Ada fee nya.
3. Dah tahu apa yang ternyata dalam repot CCRIS atau CTOS, itulah juga yang bank pasti akan chek.
4. Untuk yang ada pendapatan tetap, lebih mudah untuk bank proses. Sendiri pun dah boleh agak berapa gaji tolak komitmen campur komitmen baru (loan yang di apply)
Siapkan saja :
1. Pay slip
2. Bank statement akaun yang gaji masuk – 3 bulan
3. EPF statement ( make sure majikan tak culas)
4. Penyata cukai terkini (taksiran 2021)
5. IC
6. Penyata wang simpanan ( ASB,TH dll)
Ini dokumen basic.
Kalau yang non salary earner, ada dokumen tambahan lagi.
Kalau dah ada hartanah dan disewakan, provide tenancy agreement pula.
5. Nak apply loan kena ada kerjasama.
6. Kerjasama antara borrower (bagi bukti pendapatan), banker (kepakaran mengadun dan buat submission).
7. Jangan bagi dokumen palsu. Boleh didakwa. Nak alter gaji konon tengok tak tally dengan KWSP. Free2 kantoi.
8. Kalau memang layak, siap boleh shopping loan.
9. Kalau yang nyawa2 ikan, terima je lah mana bank yang luluskan. Janganlah nak argue2 rate lagi. Lulus pun dah nasib baek.
10. Mana banker yang terer mengadun, dengan supporting dokumen yang meyakinkan,kes yang bukan nyawa ikan lagi, dah jadi ikan masin pun silap2 ikan hidup balik