SURAT KUASA WAKIL

1. Surat kuasa wakil adalah satu dokumen yang sangat “powerful” terutamanta wakil kuasa yang dilantik.

2. Ia agak common dalam urusan melibatkan hartanah.

3. Ia sebenarnya untuk memudahkan beberapa urusan hartanah. Contohnya pemilik berdaftar hartanah yang uzur melantik anaknya sebagai wakil untuk apa apa urusan berkait hartanahnya.

4. Ia popular di kalangan pemaju2 yang joint venture dengan tuan tanah, untuk keadaan di mana Pemaju yang wnak jimat bajet dengan tidak membeli tanah tersebut tetapi memberi balasan dalam bentuk partly cash partly unit2 rumah dalam projek.

5. Yang dibimbangkan dan pernah berlaku apabila PA ini disalahguna oleh wakil kuasa, pemberi PA pu tak faham apa kuasa yang terkandung dalam dokumen PA tersebut.

6. Yang paling scary ialah bila terdapat kuasa diberi kepada wakil kuasa untuk menjual, menggadai, menandatangani borang pindahmilik, gadaian dan menerima wang jualan.

7. Ya… ada PA yang boleh batal dan ada PA yang tak boleh batal. Tak boleh batal bila ada balasan diberi untuk kurniaan PA tersebut. Umpamanya bila ada bayaran wang.

8. Silap2 kalau salah beri, boleh tergadai dan hilang hartanah anda. Seriusnya PA ini hingga ada Akta digubal khusus untuknya. Akta 424 Akta Surat Kuasa Wakil 1949.

9. So careful kalau nak sign PA atau ada orang hulur PA untuk di sign. Dapatkam nasihat peguam sendiri.

#nailaw

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *