BEBERAPA PERSEDIAAN UNTUK JUAL RUMAH

1. Jika geran stratanya sudah keluar atai sudah LAMA keluar, lekas2 buat proses masuk nama dalam geran. Tak perlu tunggu hingga ada pembeli, melainkan takde modal dan harap deposit.

2. Tapi deposit pun sepatutnya tak boleh diguna untuk tujuan itu kerana deposit tidak sepatutnya diguna untuk tujuan itu. Ia akan dipegang oleh peguam sementara urusan masuk nama dalam geran, selesai.

3. Jika sudah habis bayar hutang bank,selesaikan segera pelepasan gadaianya atau dokumen Receipt and Re Assignmentnya. Bagaimana?

4. Pergi ke bank. Maklumkan dah habis bayar loan. Satu borang biasanya diberi. Dan nyatakan nama firma guaman yang nak dilantik buat kerja ni. Fi nya pun tak mahal. Antara 1-2k je. Kalau tak kenal firma peguam yang sudi buat kerja ni sebab fi kecik, saya boleh rekomen … hahhaha.

5. Bayar cukai cukai pintu dan tanah yang tertunggak.

6. Kalau rumah masih bawah 5 tahun pemilikan, cari balik resit2 bayar peguam masa beli dulu.. peguam jualbeli dan loan, resit bayar jurunilai, bayar kontraktor untuk repair atau pengubahsuaian.

Ini nak submit untuk minta pengurangan cukai keuntungan harta tanah, bila dijual ( ya nak mohon pengecualian sekali seumur hidup pun boleh)

7. Kalau rumah ada penyewa, maklumkan penyewa hasrat nak jual. Jangan tetiba kita atau ejen bawa prospek, penyewa terkejut dan panik dan nak tamat sewa. Pembeli belum dapat… sewa dah stop masuk.

8. Kalau rumah sendiri atau rumah kosong… bawak2 lah kemas sikit. Bocor2 tampal.

#nailaw

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *