KEMATIAN DALAM TEMPOH PENJUALAN

1. Ada 2 situasi yang firma kami pernah hadapi.

2. Yang pertama, penjual meninggal tak berapa lama selepas sign Perjanjian Jual Beli.

3. Hartanah bagaimanapun memang sudah habis bayar. Tiada hutang.

4. Situasi agak “tegang” kerana waris2 kurang tahu apa yg perlu dibuat.

5. Tambahan pula ada janji janji berasingan yang dibuat direct antara arwah penjual dan pembeli.

6. Kemudian waris melantik Peguam sendiri bagi menguruskan untuk dapat Surat Kuasa Mentadbir.

7. Maka wang jualan akhirnya boleh dilunaskan kepada pentadbir untuk diagihkan sebagaimana sepatutnya.

8. Kes yang kedua melibatkan tuntutan takaful MRTT selepas kematian penjual.

9. Urusan claim ambil masa sedikit dan pembeli faham dan sedia menunggu.

10. Wang pampasan MRTT diguna untuk menebus hutang Penjual dengan bank.

11. Sementara itu, waris penjual uruskan hal surat kuasa mentadbir.

12. Setelah ditebus, hartanah tiada lagi hutang bank. Dan baki harga jualan kemudiannya diserahkan semua pada pentadbir, iaitu isteri Arwah.

13. Dalam kedua dua kes, waris2 ada mendapat manfaat dari penjualan oleh arwah yang ditandatangan sebelum arwah meninggal.

14. Dalam perjanjian jual beli, lazimya ada klausa yang menyatakan bahawa perjanjian turut mengikat waris2.

15. Bermakna penjualan tetap diteruskan.

#nailaw

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *