FLOW PEMBIAYAAN LPPSA

1. Ramai yang memohon pembiayaan LPPSA untuk membeli rumah atau hartanah2 lain.

2. Banyak maklumat yang dibekalkan oleh LPPSA di laman web LPPSA sendiri.

3. Ia adalah satu keistimewaan kepada kakitangan kerajaan. Dalam pada bukan kakitangan kerajaan ada yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaaan,kakitangan kerajaan ada peluang ini.

4. Ada baiknya keistimewaan ini diberi keutamaan berbanding memohon personal loan terlebih dahulu.

5. Setelah pembiayaan diluluskan, ada 9 langkah asas yang diuruskan oleh Peguam yang tersenarai dalam LPPSA (seperti NAI) yang dilantik oleh Peminjam, untuk menyediakan dokumentasi pembiayaan.

6. Peguam yang tersenarai dalam panel LPPSA akan mengakses satu sistem portal yang disediakan untuk tujuan lantikan dan update proses. Ia dinamakan Juris Credit LPPSA.

7. Peminjam boleh menamakan atau melantik Peguam mereka sendiri yang tersenarai.

8. Adapun 9 langkah asas tersebut adalah seperti berikut :

i. Penerimaam emel, surat lantikan Peguam, arahan dan surat tawaran pembiayaan dimuat turun dari portal;

ii. Pelanggan dijemput oleh Peguam yang dilantik untuk menandatangani surat tawaran bersekali dengan dokumen2 pembiayaan di pejabat Peguam;

iii. Dokumen2 dihantar oleh Peguam kepada LPPSA untuk ditandatangani;

iv. Dokumen2 dikembalikan dan diuruskan oleh Peguam untuk disetemkan;

v. Peguam memastikan bahawa syarat- syarat pengeluaran pembiayaan telah lengkap (seperti penyata penebusan, kebenaran pindahmilik dan gadaian dll);

vi. Surat nasihat tebus hutang dikeluarkan oleh Peguam kepada pihak LPPSA (jika Penjual hartanah masih berhutang dengan bank);

vii.Urusan pelepasan gadaian (hutang Penjual setelah dibayar oleh pembiayaan LPPSA) beserta pendaftaran pindahmilik & gadaian dilaksanakan oleh Peguam;

viii. Surat nasihat kedua dari Peguam kepada LPPSA untuk pengeluaran baki pembiayaan (setelah ditolak jumlah tebis hutang yang telah dikeluarkan terlebih dahulu);

ix. Geran asal dikeluarkan oleh pejabat tanah berkenaan dan geran asal serta pendua gadaian diserah kepada LPPSA untuk simpanan selamat. Salinan dibekalkan kepada peminjam.

9. Aliran kerja untuk pembiayaan pembelian rumah yang sedang dibina oleh Pemaju, ada sedikit berlainan.

#nailaw

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *