SUB SALE MATTERS

1. Dalam pembelian subsale melalui ejen, bakal pembeli akan diminta untuk tandatangan surat tawaran pembelian.

2. Dalam surat tawaran pembelian, bakal pembeli membuat tawaran kepada penjual, untuk membeli hartanah berkenaan.

3. Ejen mewakili Penjual. Komisen di bayar oleh Penjual. Namum Ada kes kes rare yang komisen di bayar oleh Pembeli. Umumnya, ejen adalah ejen Penjual.

4. Jadi, Pembeli sign surat tawaran standard yang disediakan oleh ejensi, Pembeli dibantu oleh ejen untuk isi surat tawaran.

5. Dalam surat tawaran, biasanya ada ruang2 kosong untuk di isi seperti nama pihak2 penjual pembeli, butir2 hartanah yang dijual dan harga jual beli.

6. Dan yang lagi penting, syarat2 tambahan yang perlu ada.

7. Antaranya samada pembelian termasuk furniture kipas lampu grill econ. DAN TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN PEMBIAYAAN.

8. Bab kelulusan pembiayaan juga perlu lebih dispesifik kan. Berapa lama dan berapa margin pembiayaannya.

9. Dan berapa lama tempoh diberi untuk tandatangan perjanjian jual beli. Tak nak prospek drag lama lama.

#nailaw

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *