TEMPOH PEMINDAHAN HARTANAH

1. Tempoh ini bergantung pada kekompleksan kes dan hak milik hartanah anda.

2. Berikut adalah anggaran tempoh masa untuk rujukan anda:

2.1 Hartanah pegangan kekal dengan geran individu atau strata – dalam 90 hari bekerja.

2.2 Hartanah pegangan pajak dengan geran individu atau strata – 1 hingga 3 bulan untuk peguam mendapatkan keizinan Pihak Berkuasa Negeri dan 90 hari bekerja untuk proses pindah milik.

2.3 Hartanah pegangan kekal geran induk – sekitar 3 hingga 6 bulan disebabkan proses yang lebih rumit. Bergantung kepada berapa cepat peguam anda boleh mendapatkan surat pengesahan daripada pemaju sebelum proses pindah milik boleh dimulakan.

Dalam kes tertentu, ia memakan masa kerana pemaju belum memecah bahagi geran induk kepada geran individu atau strata dan belum menyerahkan hartanah terbabit kepada anda sebagai pemilik.

2.4 Hartanah pegangan pajak geran induk – antara 6 hingga 12 bulan. Tempoh yang diperlukan adalah dua kali ganda kerana hartanah pegangan pajak memerlukan kelulusan kerajaan negeri di samping kelulusan pemaju (untuk geran induk).

#nailaw #NAItizen

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *