KENAPA JUALBELI ANDA JADI LEWAT BERBANDING JIRAN ANDA YANG MENJUAL RUMAH?

1. Kami sering diajukan SOALAN seperti di atas.

2. Antara “sebab ” utamanya ialah apabila suratan hakmilik biasa atau strata telah dikeluarkan semasa proses JUALBELI berlaku di antara Penjual dan Pembeli, tetapi belum dimasukkan nama Penjual sebagai pemilik berdaftar.

3. Apabila suratan hakmilik dikeluarkan semasa anda menjual, isu berikut akan timbul:

~ Pemaju tidak setuju untuk buat “direct transfer” terus diantara Pemaju & Pembeli baru.

Maka proses yang berlaku ialah Pembeli baru terpaksa menunggu PINDAHMILIK yang pertama antara Pemaju & Penjual disempurnakan dulu, nama Penjual masuk dlm Suratan Hakmilik, baru proses Pindahmilik kedua boleh di lakukan.

~ Apa-apa pindahmilik yang tertakluk kepada Kebenaran Pindahmilik. Maka Pemaju sudah buat permohonan ” blanket consent” untuk semua Pembeli Pertama dan SEDANG menunggu ” blanket consent dikeluarkan.

Adalah menjadi MASALAH kepada Pemaju untuk kemukakan nama Pembeli baru ke Pejabat Tanah berkenaan untuk diselitkan apabila ” blanket consent” sedang di proses.

4. So apa yg berlaku ialah tunggu ” blanket consent” KELUAR. Ada pemaju yg sudi pinda blanket consent utk masukkan nama Pembeli baru, TETAPI ada Pemaju yg x mau buat dan tekankan bahawa buat Pindahmilik terus pd Penjual, kemudian Penjual perlu mohon ” Consent” individu semula.

5. SEMUA PROSES INI MAKAN MASA. Jiran anda mungkin telah buat pindahmilik atas namanya semasa menjual.

6. Setiap kes jualbeli adalah berbeza. Tiada yang standard.

7. Kertas A4 yang yang di gunakan pun tak sama standard antara Peguam A dan Peguam B. Berat dan brandnya mungkin lain lain.

#nailaw

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *